Monday, October 21, 2013

Kemahiran Berfikir


Apakah komponen utama kemahiran berfikir(KB)?  
Komponen utama KBKK:
  • Berfikir secara kritis,
  • Berfikir secara kreatif.  

    
Kemahiran berfikir secara kritis ialah kecekapan dankeupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan  dan kewajaran sesuatu idea, menelit ikebernasan dan  kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti. Kemahiran berfikir secara kreatif ialah kecekapan menggunakan minda untuk: menjanadan menghasilkan idea, mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai,dan bernilai  sama ada bersifatmaujud, abstrak, idea atau gagasan. menerokai dan mencari makna ,pemahaman  dan penyelesaian masalahseacara inovatif.


Contoh-contoh  kemahiran berfikir secara kritis:
  • membanding dan membeza
  • membuat kategori
  • meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan.
  • membuat sekuen / urutan
  • menerangkan sebab
  • membuat ramalan
  • mengusul periksa andaian
  • membuat inferens
  • mengesahkan sumber maklumat


Contoh kemahiran berfikir secara kreatif:
  • mencipta analogi
  • menjana dan menghasilkan idea baru
  • mencipta metafora

0 comments:

Post a Comment